Wednesday, November 7, 2018

KAMI BUAT AMALI LAGI... KALI INI UNTUK PERCAMBAHAN BIJI BENIH!!!!!!

Assalamualaikum dan hai semua.... jumpa lagi di entry yang seterusnya... sebelum itu saya mohon maaf sangat - sangat sebab lambat post untuk entry kali ini... heee maafkan saya ye.. :)

okey kali ini kami pelajar SPPH bermain lagi didalam lab... tapi bukan main saje - saje jew tau... huhu kami buat amali... amali kali ini adalah berkaitan dengan percambahan biji benih...

jadi sebelum panjang lagi bebelan saya yang mengarut ni..jom saya kongsikan apa yang kami buat... dan untuk makluman semua ini adalah laporan amali kami....


1.0           

                    PENGENALAN

Biji benih adalah berasal daripada ovul yang yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA ( kulit biji benih)

Makanan disimpan dalam kotiledon. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai satu kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai dua kotiledon seperti biji kacang hijau.

Bahagian yang berbeza pada pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri iaitu:

a)      Kulit biji
                                                       I.            Testa – melindungi biji benih
                                                    II.            Hilum – tempat biji benih melekat pada buah
                                                 III.            Mikropil – bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

b)      Embrio
                                                       I.            Plumul – bahagian embrio yang menjadi pucuk
                                                    II.            Radikel – bahagian embrio yang membesar menjadi biji benih
                                                 III.            Kotiledon – menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai iaitu
                                                       I.            Air
                                                    II.            Udara
                                                 III.            Suhu yang sesuai


 2.0              TAJUK : Keperluan Percambahan

2.1       TUJUAN
Untuk mengkaji keperluan percambahan biji benih

2.2       SENARAI ALATAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA ALATAN / GAMBAR
1

Piring petri/ bekas plastik
2
Botol spray

 2.3       BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA BAHAN / GAMBAR
1

Kapas
2
Biji benih
3
Air paip
4.

Air didih yang telah disejukkan


2.4       LANGKAH KERJA

              

a)      Radas disediakan seperti yang ditetapkan didalam jadual.
b)      10 biji benih dimasukkan kedalam setiap radas
c)      Radas yang telah diletakkan biji benih akan disiram atau direnjis dengan air (kecuali radas yang berlabel B2)
d)     Percambahan biji benih diperhatikan setiap hari
e)      Keputusan percambahan biji benih dicatat selepas lima hari.


Set pertama

Kaedah untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Langkah kerja
Cahaya
A1
Diletakkan diatas meja tanpa dilembabkan

a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Kemudian letakkan diatas meja.
d)     Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
Air
B2
Dilembabkan dengan air seperti biasa


a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Kemudian siram atau lembabkan kapas dengan menggunakan air paip
d)     Kemudian letakkan diatas meja.
e)      Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
f)       Keputusan diambil selepas 5 hari
Oksigen
C1
Dilembabkan di dalam air yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan diatas meja

a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air yang telah dididihkan (air masak).
d)     Kemudian letakkan diatas meja.
e)      Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
f)       Keputusan diambil selepas 5 hari
Suhu
D1
Disimpan didalam peti sejuk selepas dilembabkan


a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air paip.
d)     Kemudian diletakkan didalam peti ais. (tidak perlu siram)
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari



Set kedua

Kaedah untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Langkah kerja
Cahaya
A2
Disimpankan didalam laci selepas dilembabkan

a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Kemudian letakkan didalam laci.
d)     Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembabkan


a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Kemudian siram atau lembabkan kapas dengan menggunakan air paip
d)     Kemudian letakkan diatas meja. (tidak perlu siram)
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
Oksigen
C2
Dilembabkan seperti biasa dan diletakkan diatas meja.

a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air paip.
d)     Kemudian letakkan diatas meja.
e)      Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
f)       Keputusan diambil selepas 5 hari
Suhu
D1
Diletakkan diatas meja pada suhu bilik selepas dilembabkan

a)      Masukkan kapas kedalam radas/ bekas plastik
b)      Masukkan 10 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air paip.
d)     Kemudian diletakkan didalam pada suhu biasa (suhu bilik).
e)      Sira, biji benih setiap hari.
f)       Keputusan diambil selepas 5 hari





2.5       KEPUTUSAN

Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
5 / 10
A2
10 / 10
B1
2 / 10
B2
0 / 10
C1
6 / 10
C2
6 / 10
D1
0 / 10
D2
5 / 10


2.6       SOALAN

    a)      Mengapakah air dalam radas C1 didihkan?
Untuk membebaskan udara (oksigen) yang berada didalam air.

   b)      Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
- suhu yang tidak bersesuaian
- oksigen yang tidak mencukupi
- air

   c)      Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini
Melalui uji kaji yang dilakukan ini, dapat diperhatikan bahawa dalam memastikan biji benih bercambah dengan baik terdapat beberapa factor penting yang diambil kira iaitu dengan kehadiran air, kehadiran udara (oksigen) dan juga suhu yang bersesuaian. Bagi uji kaji ini, bagi bekas berlabel B2 dapat dibuktikan bahawa tanpa kehadiran air, biji benih tersebut tidak akan bercambah. Untuk bekas D1 pula, biji benih tidak bercambah disebabkan oleh keadaan suhu yang tidak berseusaian. Bagi bekas berlabel B1 pula, disebabkan oleh tidak mendapat air yang mencukupi, biji benih tidak dapat bercambah dengan baik.


  d)     Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.

= (biji benih yang bercambah / jumlah biji benih yang disemai) x 100%

= (6/10) x 100%

= 60%



3.0              TAJUK: Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

3.1       TUJUAN
            Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

3.2       SENARAI ALATAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA ALATAN / GAMBAR
1
Rak
2


tabung uji
3
Botol spray

3.3       BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA BAHAN / GAMBAR
1

Kapas
2

Biji benih
3

Air didih yang telah disejukkan
4

Air paip
5

Minyak masak


  
3.4       LANGKAH KERJA

a)      Lima tabung uji berlabel A,B,C,D dan E disediakan dengan kandungan yang diperlukan.
b)      Tabung uji A,B,C dan E  diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
c)      Biji benih diperhatikan selepas 5 hari
d)     Pemerhatian direkodkan.
Kaedah untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Langkah kerja
Air, udara, dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan diatas meja.

      
a)      Masukkan kapas kedalam tabung uji
b)      Masukkan 3 biji benih kacang hijau.
c)      Kemudian lembabkan kapas dengan menggunakan air paip.
d)      Diletakkan diatas meja.
e)       Siram radas pada hari yang berikutnya dengan menggunakan air paip. (setiap hari)
f)       Keputusan diambil selepas 5 hari
Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan diatas meja.
   
a)      Masukkan kapas kedalam tabung uji
b)      Masukkan 3 biji benih kacang hijau.
c)      Diletakkan diatas meja.
d)       Keputusan diambil selepas 5 hari
Udara
C
3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan diatas meja

a)      Masukkan 3 biji benih kacang hijau. Kedalam tabung uji.      
b)      Kemudian masukkan air paip setengah dari panjang tabung uji.
c)      Masukkan satu lapisan minyak kedalam tabung uji.
d)      Diletakkan diatas meja.
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan didalam peti sejuk

a)      Masukkan kapas kedalam tabung uji
b)      Masukkan 3 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air paip.
d)      Kemudian diletakkan didalam peti sejuk.
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan didalam tempat yang gelap
   
a)      Masukkan kapas kedalam tabung uji
b)      Masukkan 3 biji benih kedalam radas.
c)      Lembabkan kapas dengan menggunakan air paip
d)      Kemudian diletakkan didalam tempat yang gelap
e)      Keputusan diambil selepas 5 hari
  
3.5       KEPUTUSAN

Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah
B

/
/
/
Bercambah
C
/
/

/
Tidak bercambah
D


/

Tidak bercambah
E
/

/
/
Bercambah


3.6       ANALISIS

1.      Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah

a)      Tabung uji B: Tidak ada kehadiran air pada permulaan ujikaji tetapi berlaku percambahan
b)      Tabung uji C: Tidak ada kehadiran udara didalam tabung uji kerana telah ditutupi oleh minyak
c)      Tabung uji D: Tidak ada kehadiran air, cahaya dan suhu yang tidak sesuai, percambahan biji benih tidak berlaku disebabkan oleh tiga keperluan tidak dipenuhi
d)     Tabung uji E: Tidak ada kehadiran cahaya, namun percambahan beji benih terjadi.




   2.      Apakah pemboleh ubah:

   a)      Dimanipulasi: Keadaan untuk percambahan
   b)      Dimalarkan: Jenis biji benih
   c)      Bergerak balas: Percambahan biji benih

   3.      Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?

- air
- udara
- suhu yang sesuai

   4.      Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?

Tabung uji A

   5.      Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?

Bagi menghalang udara daripada larut dalam air masak.

   6.      Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?

Udara

   7.      Apakah yang berlaku pada tabung uji E. terangkan jawapan anda.

Biji benih akan bercambah, ini adalah disebabkan factor percambahan biji benih hanyalah air, udara dan juga suhu yang sesuai. Cahaya tidak diperlukan untuk percambahan biji benih

   8.      Kesimpulan eksperimen ini

Secara keseluruhannya, melalui uji kaji yang dijalankan ini, dapat dibuktikan bahawa udara, air dan suhu merupakan suhu yang diperlukan untuk percambahan biji benih.
4.0            
               TAJUK : Percambahan Epigeal dan Hipogeal

4.1       TUJUAN
Untuk mengkaji percambahan Epigeal dan Hipogeal melalui percambahan biji benih kacang dan jagung

4.2       SENARAI ALATAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA ALATAN / GAMBAR
1
Bikar 80 ml / bekas plastik
2
Botol spray


4.3       BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL
NAMA BAHAN / GAMBAR
1
Peat moss
2
Biji benih kacang

3
Biji benih jagung

4
Air paip


4.4       LANGKAH KERJA


     
a)      60 ml peat moss dimasukkan kedalam bekas plastik.


b)      Bekas plastik tersebut ditandakan dengan label A untuk biji benih kacang dan label B untuk biji benih jagung.







      c)      2 biji benih kacang dimasukkan kedalam bekas plastic A dan 2 biji benih jagung kedalam bekas plastic B.


d)     Biji benih tersebut disiram setiap hari.
e)      Percambahan biji benih akan dipantau dan diambil setiap hari
f)       Gambar percambahan biji benih dilukis setelah 5 hari.


 4.5       KEPUTUSAN

Hari
Kacang Tanah
Jagung
Panjang Radikal (Akar)
Panjang Plumul (Pucuk)
Panjang Radikal (mm)
Panjang Plumul (mm)
1
1.67 cm
0.33 cm
0.83 cm
0.16 cm
2
3.33 cm
0.66 cm
1.66 cm
0.32 cm
3
5.00 cm
0.99 cm
2.49 cm
0.49 cm
4
6.67 cm
1.32 cm
3.32 cm
0.65 cm
5
8.34 cm
1.65 cm
4.15 cm
0.80 cm
6
10 cm
2 cm
5 cm
1 cm


4.6       ANALISIS

1.      Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua – dua jenis tumbuhan


2.      Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal

Pertumbuhan Epigeal
Pertumbuhan Hipogeal
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama – sama plumul
Kotiledon akan kekal dibawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah


    3.      Lukiskan struktur biji benih dan labelkan





4.      Apakah yang dimaksudkan embrio

Embrio adalah sebuah eukariota diploid multisel dalam tahap paling awal dari perkembangan. Istilah embrio hanya dipakai untuk tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji yang berada dalam keadaan dormansi, iaitu dalam keadaan menunggu untuk bercambah. Embrio adalah suatu biji benih yang mengandungi plumul iaitu bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk, radikel iaitu bahagian embrio yang membesar menajdi akar dan kotiledon ialah sebagai penyimpan dan pembekal makanan untuk biji benih


5.      Bagaimanakah mengatasi kedormanan?


Bagi mengatasi kedormanan pada biji benih, terdapat beberapa cara iaitu:

                               I.            Mengikis kulit luar
a.       Gunakan kertas pasir, kikir
b.      Meretakkan dengan tukul
c.       Menggunakan mesin pembacuh simen bersama pasir dan kerikil

                            II.            Merendam dalam air dapat melarut kimia perencat.

a.       Rendam dengan air panas (77 – 100 darjah farenheit) beberapa minit. Dibiarkan sejuk selama 12 – 24 jam
b.      Rendam dengan air biasa 1 hingga 2 jam


                         III.            Merendam dalam asid ( bagi kulit yang terlampau keras)

a.       Menggunakan asid sulfurik pekat ( ketumpatan 1.84) – sangat bahaya
b.      Nisbah yang digunakan adalah 1 bahagian biji benih : 2 bahagian asid
c.       Masa adalah 10 minit sehingga 6 jam bergantung kepada keadaan biji benih.
d.      Basuh dengan air biasa sekurang – kurangnya 10 minit.

                         IV.            Melembabkan biji benih pada suhu rendah

a.       Dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi.
b.      Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk bercambah sahaja.
c.       Kaedahnya adalah:
·         Rendam dalam air biasa 12 – 24 jam, kemudian digaul dalam medium lembap seperti habuk papan reput.
·         Nisbah adalah 1 bahagian benih : 3 bahagian medium
·         Campuran diletak ditempat sejuk, lembap dan mempunyai pengudaraan yang baik.
·         Suhu diantara 2 darjah celcius sehingga 7 darjah celcius selama satu hingga empat bulan.



RUJUKAN



 disediakan oleh:
NUR AZRINA BINTI MOHAMMAD ZAWAWI
A15PP0091




No comments:

Post a Comment