Monday, November 12, 2018

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA VEGETATIF

PEMBIAKAN MENGGUNAKAN BAHAGIAN KHAS TUMBUHAN (Pembiakan Menggunakan Bebawang)



PEMBIAKAN MENGGUNAKAN BEBAWANG???  😕



          Pembiakan menggunakan bebawang adalah sejenis pembiakan vegetatif. Pembiakan vegetatif merupakan sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik anak bagi cara pembiakan ini adalah sama dengan induknya.


      Kebiasaannya, pembiakan cara ini adalah untuk tumbuhan berbunga dan pokok yang mempunyai batang pendek dalam tanah dan batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas dikenali sebagai tunas aksil yang akan membentuk bebawang baru.   Contoh tumbuhan yang menggunakan kaedah pembiakan cara ini ialah ialah bawang, pokok seri pagi dan pokok spider lili.


JOM KITA LIHAT KAEDAH MEMBUAT PEMBIAKAN VEGETATIF TUMBUHAN MENGGUNAKAN BEBAWANG~


Bahan yang digunakan ialah :




1- sekateur




2- pisau




3- bekas




4- peat moss





5- pokok Spider Lili


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PEMBIAKAN MELALUI BEBAWANG



1- Sediakan medium tanaman (peat moss)



2- Sediakan pokok Spider Lili untuk dibuat pembiakan kaedah bebawang




3- Bersihkan dan pendekkan akar serta daun pokok Spider Lili menggunakan sekateur. Jangan buang habis ye akar tu 😊 nanti pokok tak boleh hidup..



                               

 4- Belahkan bebawang pokok tersebut kepada dua bahagian. Pastikan tunas sisi bebawang tersebut ada pada setiap belahan bebawang tadi.




5- Kemudian, tanam bebawang tersebut pada medium tanaman (peat moss) sehingga penuh bekas (ambil jarak yang sesuai. Jangan terlalu rapat dan jangan terlalu jarang). Tanamkan separuh bahagian pokok sahaja, pastikan bahagian tunas pokok Spider Lili tidak tertutup.




6- Setelah selesai, siram pokok tersebut dan teruskan penjagaannya supaya pokok dapat terus hidup dengan baik.


DONE !!! SEE U AGAIN~~~



Disediakan oleh :
NOOR HANISAH BINTI ZAKARIA
A15PP0072  






No comments:

Post a Comment