Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah beberapa minggu sayur-sayuran ditanam diladang, maka hari ini tibalah masanya untuk dituai dan dijual. Sayuran yang telah matang akan dituai kemudian akan dijual kepada pembeli. Pemilihan terhadap sayur yang telah matang ditunjuk ajar oleh tenaga pengajar, supaya sayur yang dituai adalah sesuai untuk dipetik. Antara sayuran yang telah dituai dan dijual adalah sayur bayam hijau, sayur bayam merah, park choy dan sawi.
Menuai sayuran adalah salah satu aktiviti yang penting pada peringkat akhir penanaman sayuran di ladang. Penuaian (Harvesting) merupakan satu aktiviti yang menarik minat penanam sayuran, kerana hasil usaha sepanjang menguruskan ladang sayuran akhirnya dapat membuahkan hasil.
Diantara aspek penting bagi penuaian sayuran adalah untuk menentukan tahap kematangan yang sesuai untuk sayuran tersebut. Selain itu, cara penuaian dan pengendalian yang betul juga menjadi faktor penting dalam proses penuaian sayur.
Berdasarkan pengalaman dalam proses peniaian ia bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan. Jangka masa kematangan sayur perlu dititik beratkan supaya hasil yang diperolehi adalah berada pada tahap yag maksimum.
Sayuran yang berdaun, tahap kematangan untuk dituai adalah berdasarkan saiz daun dan kebesaran sayuran tersebut. Setelah sayuran dituai ia akan dibersihkan untuk menghilangkan kesan tanah yang ada pada sayuran yang ditanam.
Sayuran segar tanpa menggunakan bahan kimia adalah sayur yang paling baik. Sayuran yang ditanam adalah 100 % organik dan tiada penggunaan bahan kimia untuk tanaman sayur ini.
Sayur segar dipetik dengan menggunakan tangan sahaja (Plucking). Hal ini kerana, semasa memetik sayur ia memerlukan penelitian untuk memilih sayur yang terbaik untuk dituai.
Sayuran yang dipetik dibersihkan dengan menggunakan air paip. Pembersihan dilakukan untuk memastikan sayur yang dijual dalam keadaan bersih.
Sayuran yang dijual akan dibersihkan dengan air bersih untuk membuang kesan-kesan tanah yang terdapat pada sayur yang dituai.
Kegembiraan diwajah rakan-rakan apabila dapat mencuci sayuran yang dipetik di ladang :)
Harga bagi sayur yang dijual ialah:-
Sayur Sawi = RM 2.00 (200 gram)
Sayur Park Choy = RM 2.00 (200 gram)
Sayur Bayam Merah = RM 2.00 (200 gram)
Sayur Bayam Hijau = RM 1.50 (200 gram)
Sekian, itu sahaja untuk penuaian dan penjualan sayuran pada minggu ini. Diharap agar pengalaman seperti ini dapat dirasai lagi pada masa akan datang.
Sekian, Terima Kasih
Disediakan Oleh:
Nor Asyikin Binti Abdullah
4 SPPH 2
No comments:
Post a Comment