Monday, November 12, 2018

TANAM JAGUNG JOM :)

Related image

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Pada minggu ini juga, kami ditugaskan untuk menanam jagung pada batas sayuran yang telah dituai. Menurut wikipedia, Jagung  ialah (bahasa Inggeriscorn atau maize) merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

      Pada penerangan kali ini, saya ingin menerangkan tentang langkah-langkah penanaman jagung yang telah dilakukan diladang. Sebelum kami dibenarkan untuk menanam jagung kami telah diterangkan tentang penggunaan bahan dan cara penanaman jagung pada batas. 

         Penanaman jagung dilakukan pada batas yang sama penanaman sayuran dilakukan. Tempat sayur yang telah dituai akan digemburkan tanah dan diratakan. Tanah perlu digemburkan supaya dapat memberi ruang antara medium tanah dan juga memudahkan untuk menanam biji benih jagung.



     Seterusnya, untuk memastikan jagung yang ditanam berada pada kedudukan yang betul, satu garisan dilakukan dengan menggunakan tali rapia yang telah disediakan. Biji benih jagung juga boleh ditanam diantara sayur yang telah ditanam. 

        Jarak antara biji benih jagung yang ditanam adalah berdasarkan bilangan biji benih dalam satu baris. Dalam satu baris, biji benih jagung yang diletakkan adalah 10 biji benih.

         Jarak antara biji benih ditentukan dengan menggunakan ranting-ranting kecil untuk memastikan kedudukan biji benih jagung berada dalam satu barisan yang sama. Ranting-ranting kecil juga bertindak sebagai penanda untuk mengenalpasti di mana biji benih jagung ditanam.



     Setiap batas dibekalkan dengan 30 biji benih jagung

Biji benih jagung direndam terlebih dahulu sebelum disemai pada batas


        Lubang perlu dilakukan sebelum memasukkan biji benih jagung. Saiz atau kedalaman lubang adalah 4X ganda daripada saiz biji benih jagung.
 
      Setelah selesai, biji benih disemai, batas akan ditutup menggunakan jaring hitam dan kemudiannya akan disiram. Siraman perlu dilakukan untuk memberi kelembapan pada medium di dalam tanah dan membantu biji benih jagung untuk bercambah dengan lebih cepat.


         Sekian sahaja untuk aktiviti menanam biji benih jagung, untuk proses yang seterusnya, tunggu kemunculan jagung yang ditanam. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam melaksanakan proses penanaman biji benih jagung. Semoga biji benih jagung yang ditanam dapat membesar dengan baik dan dapat mengeluarkan hasil yang baik dan bagus. :)


Sekian, Terima Kasih

Disediakan Oleh:-
Nor Asyikin Binti Abdullah
4 SPPH 2





No comments:

Post a Comment