Thursday, October 11, 2018

PENGUJIAN TEKSTUR TANAH BATAS 7


PENGUJIAN TEKSTUR TANAH (Melalui Eksperimen)


Hai everyone :) Apa khabar semua??

          Alhamdulillah pada 24 September 2018, pelajar yang mengambil kursus SPPL1212 (Pembiakan Dan Pengurusan Tanaman) telah menjalani eksperimen pengujiam ke atas tanah di makmal pertanian. Pengujian ini dilakukan melalui tiga kaedah iaitu:

1. MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN






                        
ok... Sebelum membuat kajian, kita mestilah mengetahui apakah tujuan dalam membuat eksperimen ini. Tujuan eksperimen ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tekstur tanah melalui cara mendapan.

Bahan dan Alatan:
  1. Sampel tanah 
  2. Balang gas

Langkah-langkah :
  1. Masukkan 40 hingga 50 g tanah ke dalam balang gas.
  2. Isikan air ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh (kuantiti yang kami letak ialah 30ml)
  3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  4. letakkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam) tanpa gangguan.
  5. kemudian, ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap (menggunakan pembaris), dan catatkan dalam jadual.
  6. Hitung peratusan pisahan tanah.
  7. Akhir sekali, tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

peratus pisahan =    ketinggian lapisan pisahan (cm)
                                             ___________________________  x 100
                                   ketinggian semua lapisan (cm)



Segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.


Keputusan peratus pisahan :

1. Tanah liat (clay) = 19.4%
2. Kelodak (silt)     = 38.9%
3. Pasir (sand)        = 41.7%

            Dengan keputusan yang diperolehi, rujuk gambar rajah segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg untuk menentukan kelas tekstur tanah. Setelah mendapat keputusan, kami dapati tanah jenis batas kami ialah tanah jenis loam. Jom kita lihat apa itu tanah loam..

  kategori tanah 




             Kaedah ini lebih tepat digunakan untuk menentukan tekstur tanah kerana keputusan pisahan yang dihitung mengikut setiap jenis layer dan dikira dengan tepat menggunakan formula pengiraan peratusan pisahan mengikut bacaan yang diambil daripada hasil pemerhatian. Namun begitu, kaedah ini juga barangkali mempunyai ralat-ralat dari segi pengambilan bacaan yang dilihat dengan mata kasar serta pengukuran ketinggian pisahan tanah yang telah mendap yang diukur menggunakan pembaris.


2. MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELAUI CARA MEDAN


Bahan dan alatan :
  1. Sampel tanah
  2. Air

Langkah-langkah :
  1. Ambil sampel tanah dalam kuantiti lebih kurang 20 g sahaja. (atau agak-agak aje untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm).
  2. Kemudian, sampel tersebut dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
  3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.


Pemerhatian :

Berdasarkan uji kaji yang dibuat, beberapa pemerhatian dapat dilihat iaitu
  1. bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
  2. rod dapat dibentuk (tanah loam)
  3. gelang dapat dibentuk (tanah liat)
  4. rod berbentuk 'U' dapat dibentukkan  

           Kaedah ini kurang tepat digunakan. Tetapi kaedah ini boleh digunakan kerana keputusan yang dikenalpasti untuk menentukan tekstur tanah adalah lebih cepat daripada kaedah-kaedah lain.


3. MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH


Tujuan : 

  1. Untuk mengetahui sesuatu jenis tanah serta mengenalpasti sama ada struktur tanah tersebut  sesuai atau tidak untuk dijadikan tapak pertanian.
  2. Untuk melihat pertusan air yang turun atau yang memegang tanah



Bahan dan alat :

  1. Tiga jenis sampel tanah iaitu tanah berpasir, tanah loam dan tanah liat
  2. Air suling 
  3. Gentian kaca
  4. Bikar

Langkah-langkah :

  1. Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal. 
  2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. *langkah keselamatan - awas jangan ambil gentian kaca dengan jari!
  3. Sukat 3 sampel 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.

  4. Dalam masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit. 


  5. setelah tamat tempoh selama 10 minit, catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual di bawah ini. 


BATAS
ISIPADU AIR SELEPAS 5 MINIT
pH AIR
pH TANAH
Batas 1
30 ml
6.41
6
Batas 2
38 ml
5.97
4.9
Batas 3
40 ml
5.85
5.1
Batas 4
35 ml
6.1
4.2
Batas 5
25 ml
6.06
4.9
Batas 6
35 ml
6.14
4.9
Batas 7
30 ml
5.70
4.9
Batas 8
30 ml
5.5
6.4
Batas 9
40 ml
6.6
6.2
Batas 10
39 ml
6.44
5.9
Batas 11
40 ml
6.18
6.1

nota 
- Uji kaji ini dibuat dengan kesemua jenis tanah di batas tanaman masing-masing.
- Kami juga membuat pengujian pada tanah bagi mengenalpasti pH air dan pH tanah 
- Uji kaji kadar pengaliran air menerusi tanah telah dipendekkan dari 10 minit ke 5 minit sahaja.

       
         Uji kaji ini tidak sesuai menggunakan kertas turas sebagai bahan penahan kumin tanah di dalam corong turas kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah. Hasil daripada uji kaji ini, kami dapati tanah dari batas 3, 9 dan 11 adalah batas paling banyak membenarkan air mengalir, iaitu sebanyak 40ml. Manakala tanah dari batas 5 adalah batas paling sedikit membenarkan air mengalir, iaitu sebanyak 25ml. Secara kesimpulannya, tanah dari batas 5 adalah tanah yang paling baik saliran airnya.

          Sekiranya kami diberi pilihan untuk memilih tanah, kami ingin memilih tanah dari batas 1. Ini kerana tanah dari batas 1 mempunyai saliran air yang baik serta nilai pH air dan tanah yang seuai. 


NOOR HANISAH ZAKARIA
A15PP0072

No comments:

Post a Comment