PEMBIAKAN TUT UDARA
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian. Semoga korang
menjalani hari yang ceria pada hari ini. Saya sebenarmya hendak menceritakan
serba sedikit tentang amali yang kelas
kami buat pada minggu ini. Pernah tak kamu semua dengar tentang pembiakan tut? Mesti tak biasa dengar kan? Kat sini saya nak
terangkan tentang pembiakan tut.
Kaedah pembiakan tut
ini sebenarnya adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang secara
buatan yang mana sebahagian daripada
bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas dalam pembiakan.
Terdapat kelebihan yang
tersendiri sebenarnya kalau kita menggunakan pembiakan tut ini pada pokok. Antaranya ialah boleh mendapatkan anak
pokok yang seragam dan sama dengan pokok asal menyerupai pokok induknya, pokok
cepat bebunga dan berbuah dan kebolehan untuk dibiakkan sepanjang tahun.
Terdapat beberapa
peralatn yang digunakan untuk melakukan pembiakan tut udara ini. Antaranya
ialah:
![]() |
Plastik Pembungkus |
![]() |
Tali rafia |
![]() |
Pisau |
![]() |
Medium Jeffy Pallete yang telah direndam |
![]() |
Medium Campuran tanah dan Coco Peat yang telah dikepal |
![]() |
Hormon penggalak akar |
Kaedah Pembiakan Tut Udara Menggunakan Medium Jeffy Pallete
1. Untuk kaedah pembiakan
tut ini, kami menggunakan dua jenis
medium iaitu medium Jeffy Pallete dan medium campuran tanah dan coco peat.
2. Jeffy Pallete direndam terlebih dahulu dengan air panas.
![]() | ||
Jeffy Pallete sebelum direndam air panas |
2. Seterusnya, dahan yang
sihat dipilih pada pokok. 2 kelaran sekeliling akan dibuat dahan yang telah
dipilih tersebut. Mula- mula kelaran pertama dibuat pada mata tunas dahan
tersebut. Seterusnya kelaran yang kedua dibuat pada kira- kira 3 cm di bawah
kelaran pertama.
![]() |
Dahan dikelar pada dua bahagian |
3. Kulit antara dua
kelaran tersebut dikupas dan dikikis sehingga ke kayu.
Plastik diikat pada
bahagian bawah kelaran.
![]() |
Dahan yang dikelar akan dikikis |
4. Sekiranya medium Jeffy Pallete digunakan, hormon penggalak akar akan digunakan pada
bahagian kelaran atas.
![]() |
Horman penggalak akar dilekatkan pada hujung bahagian yang dikelar |
5. Medium Jeffy Pallete
akan dipotong pada bahagian tengah dan seterusnya medium tersebut dilekatkan
pada bahagian dahan yang telah dikikis. Medium tersebut mesti padat dan menutup
bahagian dahan yang telah dikikis sepenuhnya.
![]() | |
Bahagian tengah medium Jeffy Pallete dipotong menggunakan pisau |
6.Kepalan medium Jeffy Pallete
tersebut dibungkus dengan plastik dan hujung kedua- dua plastik tersebut
diikat.
![]() |
Medium jeffy Pallete dibungkus menggunakan plastik |
![]() |
Kedua- dua hujung plastik diikat menggunakan tali rafia dengan kemas |
Kaedah Pembiakan Tut Udara Menggunakan Medium Tanah Dan Coco Peat
1. Nisbah
bagi campuran tanah dan Coco Peat ialah 1:1. Untuk menghasilkan medium jenis
campuran tanah dan Coco Peat, tanah digaulkan dan Coco Peat. Seterusnya, campuran
tersebut akan dikepal sehingga membentuk sebesar telur ayam.
![]() |
Coco Peat digaul bersama tanah. Nisbah adalah 1:1 |
2. Seterusnya, dahan yang
sihat dipilih pada pokok. 2 kelaran sekeliling akan dibuat dahan yang telah
dipilih tersebut. Mula- mula kelaran pertama dibuat pada mata tunas dahan
tersebut. Seterusnya kelaran yang kedua dibuat pada kira- kira 3 cm di bawah
kelaran pertama.
![]() |
Dahan dikelar pada dua bahagian |
3. Kulit antara dua
kelaran tersebut dikupas dan dikikis sehingga ke kayu.
Plastik diikat pada
bahagian bawah kelaran.
![]() |
Dahan yang dikelar akan dikikis |
![]() |
Bahagian dahan telah dikikis sepenuhnya |
4. Medium campuran tanah dan Coco Peat
akan dibelah pada bahagian tengah dan seterusnya medium tersebut dilekatkan
pada bahagian dahan yang telah dikikis. Medium tersebut mesti padat dan menutup
bahagian dahan yang telah dikikis sepenuhnya. Kepalan medium
tersebut dibungkus dengan plastik dan hujung kedua- dua plastik tersebut
diikat.
![]() |
Bahagian dahan dilekatkan dengan plastik |
![]() |
Medium jeffy Pallete dibungkus menggunakan plastik |
![]() |
Kedua- dua hujung plastik diikat menggunakan tali rafia dengan kemas |
PENGUBAHAN ANAK POKOK
1. Selepas 2 atau 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bahagian bawah boleh dipotong.
2. Pada waktu ini, plastik pembungkus boleh dibuang dan tut perlu ditanam di dalam pasu.
No comments:
Post a Comment