Monday, November 12, 2018

CANTUMAN BAJI

CANTUMAN BAJI




       Kebanyakan negara yang membangun telah memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi baru dalam bidang pertanian. Ini adalah penting sabagai syarat peningkatan output dan produktiviti negara dalam bidang pertanian. Biologikal biji benih dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik. diantaranya ialah :

1. cantuman sisi
2. cantuman mata tunas
3. cantuman baji
4. cantuman tut (Marcot)


    Ok, pada kali ini, saya ingin berkongsikan kepada rakan-rakan saya mengenai cantuman baji. Apa itu cantuman baji ye? Rakan-rakan tahu tak apa itu cantuman baji?? jom kita lihat apa itu cantuman baji.


Definisi Cantuman Baji 


     Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk/penanti untuk hasilkan pelbagai warna (bagi pokok bunga) atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Cantuman yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. 


      Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan sion. 

i- Pokok penanti : pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman ini
ii- Sion              :bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti. 

    
    Pokok dikotiledon (pokok hiasan) adalah pokok yang sesuai untuk dibuat cantuman baji. Ini kerana kita memerlukan ranting untuk membuat cantuman bajii tersebut. Syarat-sayarat yang dilihat sebelum membuat cantuman baji :

1. pokok mesti segar dan bebas dari penyakit
2. sama spesies
3. diameter batang/ranting sion dan penanti adalah sama
4. dibuat pada waktu pagi atau petang
5. getah pada pokok yang dipotong untuk dibuat cantuman baji jangan dibiarkan terlalu lama sehingga kering 


Bahan dan peralatan :


1. plastik aiskrim (sebagai penanda dan pelindung tempat yang dibuat cantuman baji daripada terkena air)






2. parafilm (untuk membalut kawasan yang dibuat cantuman baji)






3. tali (untuk mengikat plastik aiskrim)






4. pisau 






5. sekateur






6. pokok penanti






7. sion



Langkah-langkah Membuat Cantuman Baji


Penyediaan pokok penanti

1. Pilih pokok yang ingin dibuat cantuman baji.




2. Belahkan dua (2-3cm) pada batang/ranting pada pokok penanti


Penyediaan tunas pucuk

1. Pilih pucuk yang sihat sebagai sion.





2. Runcingkan/serongkan berbentuk baji atau V, (2-3cm), bahagian pangkal pucuk yang diambil menggunakan pisau yang tajam.



Penyisipan pucuk ke pokok penanti





1. Masukkan ranting sion yang diruncingkan tadi kepada ranting yang dibelah dua pada pokok penanti tadi. 


Kemasan



 = 

1. Balutkan bahagian yang dibuat cantuman baji menggunakan parafilm sehingga kemas.




2. Sarungkan bahagian ranting yang dibuat cantuman baji itu menggunakan plastik aiskrim sehingga menutupi bahagian balutan tersebut. 




3. Kemudian ikat dengan kemas bahagian mulut plastik aiskrim menggunakan tali rafia supaya air tidak dapat masuk ke dalam plastik. 


SEKIAN... SELESAI SUDAH BAB CANTUMAN BAJI UNTUK AMALI KALI INI




Disediakan oleh :
NOOR HANISAH BINTI ZAKARIA
A15PP0072  

No comments:

Post a Comment