Saturday, September 29, 2018

MINGGU 3 :- MENJADI SEORANG SAINTIS


EKSPERIMEN SAMPEL TANAH DARI BATAS 6

 Hasil carian imej untuk cartoonist scientist

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

        Pada minggu ini, kami berpeluang untuk menjalankan uji kaji terhadap sampel tanah dari batas yang kami selenggara. Batas yang kami usahakan adalah batas 6, eksperimen telah dilakukan untuk menentukan tanah yang digunakan sesuai untuk melakukan aktiviti penanaman. Kami telah melakukan tiga jenis eksperimen yang berbeza untuk menentukan jenis tanah daripada sampel yang telah diambil pada batas...

Jomm..kita lihat eksperimen yang telah dilakukan dan hasil daripada eksperimen tersebut..

EKSPERIMEN 1

    TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dari batas dan balang gas

                                    
                                         Sampel Tanah Batas 6                  Balang Gas


LANGKAH-LANGKAH:

1.     Tanah dari batas yang berketul-ketul dihancurkan menjadi halus.


2.      50 ml tanah yang dihancurkan dimasukkan ke dalam balang gas.


3.      300 ml air diisi ke dalam balang gas.



4.      Mulut balang gas ditutup dan campuran di dalam balang gas digoncang perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.


                              

Campuran tanah dikacau di dalam bikar sebelum dimasukkan ke dalam balang gas untuk digoncang


5.      Balang gas diletakkan di atas meja selama beberapa jam tanpa gangguan.

6.      Setiap pisahan tanah yang mendap diukur ketinggiannya. Nilai ketinggian mendapan dicatatkan di dalam jadual keputusan.

7.      Peratusan pisahan tanah dihitung.

                                                                  Ketinggian lapisan pisahan (cm)
Pertusan pisahan = ---------------------------------------- x 100
                                                                  Ketinggian semua lapisan (cm)

8.      Kelas Tekstur Tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.



KEPUTUSAN: Ketinggian keseluruhan pisahan ialah 3.5 cm

PISAHAN
KETINGGIAN (cm)
PERATUSAN
Pasir
2.4 cm
68.57 %
Kelodak
0.4 cm
11.43 %
Tanah Liat
0.7 cm
20.00 %

Peratus pisahan dikira seperti berikut:

                                                            Ketinggian lapisan pisahan (cm)
Pertusan pisahan = ---------------------------------------- x 100
                                                            Ketinggian semua lapisan (cm)


Peratusan pisahan pasir           = (2.4 cm / 3.5 cm) x 100
                                                    = 68.57 %

Peratusan pisahan kelodak     = (0.4 cm / 3.5 cm) x 100
                                                   = 11.43 %

Peratusan pisahan tanah liat  = (0.7 cm / 3.5 cm) x 100

                                                   = 20 %

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, kelas tekstur tanah pada batas 6 adalah ‘Sandy Clay Loam’. ‘Sandy Clay Loam’ adalah sesuai untuk melakukan penanaman di kawasan tanah tersebut kerana ia mengandungi tanah loam di kawasan tersebut.
  
PENILAIAN:
(a) Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
-          Ya
-          Kerana peratusan pisahan yang dihitung adalah lebih tepat dan kuantiti campuran lebih tepat.
(    (b) Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
-          Ketinggian pisahan tanah yang telah mendap.
-          Pengukuran pisahan tanah yang menggunakan pembaris



EKSPERIMEN 2


TAJUK : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dan air
 
Sampel Tanah Batas 6

LANGKAH-LANGKAH:

1.      20 gm tanah dari batas ditimbang  dengan menggunakan penimbang.

2. 20 gm sampel tanah (atau secukupnya digunakan membentuk bebola tanah dengan diameter 2 – 3 meter).

3.      Sampel tanah dilembabkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentukkan.

4.      Sampel tanah dibentukkan menjadi bentuk bebola, rod, gelang dan rod berbentuk-U



PEMERHATIAN :

Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
x
Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
/
Rod dapat dibentuk (tanah loam)
/
Rod membentuk U  dapat membentuk gelang  tetapi retak (loam tanah liat)
/
Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)
x
Gelang dapat dibentuk (tanah liat)
/

KESIMPULAN:
            Berdasarkan pemerhatian daripada eksperimen untuk menentukan tekstur tanah melalui cara medan di dapati sampel tanah dari batas 6 adalah loam tanah liat. Sampel tanah yang dilakukan uji kaji tidak mengandungi pasir dan sesuai untuk melakukan aktiviti penanaman pada tanah tersebut.

PENILAIAN :
      (a)    Adakah kaedah ini tepat?
-          Tidak tepat.
     (b)   Mengapakah kaedah ini digunakan?
-          Keputusan yang diperolehi adalah lebih cepat untuk mengetahui jenis sampel tanah.

EKSPERIMEN 3

TAJUK: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah

BAHAN DAN ALATAN : Sampel Tanah daripada 11 batas yang berbeza, air suling, corong turas, kelalang kon dan gentian kaca.


                                 
                                           Sampel Tanah                         Kelalang Kon

                                 
                                            Corong Turas                          Gentian Kaca

LANGKAH-LANGKAH:


 1.      Sampel-sampel tanah dari 11 batas yang berbeza dikeringkan selama 2 hingga 3 hari.

2.      Radas dipasang sebelum melakukan eksperimen keatas sampel tanah.
Langkah keselamatan : Awas! Jangan ambil gentian kaca dengan jari.
                                  

3.      Sampel-sampel tanah disukat ke dalam corong turas. Sebanyak 50 ml air suling disukat dengan menggunakan bikar 100 ml.
                                   
                                             50 ml air suling                 1/2 sampel tanah                                                
                                                                             dimasukkan dalam corong turas

4.      50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas pada waktu yang sama dan isi padu air yang mengalir di dalam kelalang kon di tentukan setelah 10 minit.

5.      Keputusan dicatat adalah dari segi jumlah air yang mengalir, pH air dan pH tanah.
Sukatan air yang mengalir
pH Air 
pH Tanah

KEPUTUSAN:
      Sampel Tanah (Batas)
     Kuantiti Air Yang Mengalir
      pH Air
     pH Tanah
      Batas 1
30 ml
6.41
6.00
      Batas 2
38 ml
5.97
4.90
      Batas 3
40 ml
5.85
5.10
      Batas 4
35 ml
6.10
4.20
      Batas 5
25 ml
6.06
4.90
      Batas 6
35 ml
6.14
4.90
      Batas 7
30 ml
5.76
4.90
      Batas 8
30 ml
5.50
6.40
      Batas 9
40 ml
6.60
6.20
      Batas 10
39 ml
5.90
6.44
      Batas 11
40 ml
6.18
6.10


KESIMPULAN:
Secara kesimpulannya, hasil daripada eksperimen yang dijalan di dapati nilai pH air dan nilai pH tanah adalah dalam ph yang optimum. Nilai pH yang diperolehi juga adalah hampir sama dari setiap batas. Berdasarkan nilai keputusan yang diperolehi di dalam batas 4 bagi pH tanah adalah sedikit berasid dan perlu dirawat untuk memastikan tanah di kawasan tersebut sesuai untuk menanam.

PENILAIAN:
    (a)    Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam                eksperimen ini?
                  -      Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah di dalam corong                     turas kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.                                                  
    (b)   Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
-          Sampel tanah batas 3
-          Sampel tanah batas 9
-          Sampel tanah batas 11

    (c)    Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
-          Sampel tanah batas 5
    (d)   Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
-          Sampel tanah batas 5
    (e)    Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? 
           Berikan  sebabnya.
-          Sampel tanah batas 1

-          Kerana pH yang terdapat pada sampel tanah tersebut adalah dalam keadaan yang baik dan juga pengaliran air yang baik.

Disediakan Oleh:
Nor Asyikin Binti Abdullah



No comments:

Post a Comment