Sunday, October 7, 2018

MINGGU 4- KERATAN BATANG


                                         

MINGGU 4- KERATAN BATANG
Pada minggu ini, kelas kami telah mempelajari topik pembiakan keratan batang.Kamu semua pernah dengar tak tentang pembiakan keratan batang ini? Sebenarnya pembiakan keratan batang ini merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat. Keratan batang ini dilakukan dengan menggunakan bahagian pada tumbuhan seperti  batang, dahan dan ranting.

Langkah- Langkah Membuat Keratan Batas
  •  Memilih pokok  yang boleh dibiakkan melalui keratan batang 
  •  Menyediakan medium semaian
  • Memasukkan medium semaian ke dalam beg politena
  • Menyediakan keratan batang
  • Menyemai keratan batang

Memilih pokok  yang boleh dibiakkan melalui keratan batang
Mengikut apa yang telah kami belajar, terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:
  • Keratan kayu lembut 
  •  Keratan kayu sederhana
  • Keratan kayu keras
JENIS KERATAN
PENERANGAN
Keratan kayu lembut
  •     Semua daun tidak dibuang  
  •        Bahagian pucuk
Keratan kayu sederhana
  •       Daun bawah dibuang   
  •         Dahan baru matang
Keratan kayu keras
  •      Semua daun dibuan
  •      Dahan matang

Langkah Menyediakan Medium Semaian
  1. Kami menggunakan tanah sebagai medium semaian keratan batang. Nisbah yang digunakan bagi medium semaian ialah 1 bahagian tanah dan 1 bahagian peat moist.
  2.   Kedua- dua bahan disukat mengikut nisbah yang ditetapkan iaitu 1 bahagian tanah dan 1 bahagian peat moist. Seterusnya, kedua- dua bahan ini digaul sehingga sebati.               
Gambar 1: campuran medium tanah dan peat moist dengan nisbah 1:1
 
Gambar 2: kedua- dua campuran medium digaul sehingga sebati

Langkah Memasukkan Medium Semaian Ke Dalam Beg Politena
  1.   Setiap pelajar melabel beg politena masing- masing sebanyak lima keping.
  2.  Bahagian hujung bawah dan atas beg politena dilipat.
  3.  Setiap pelajar memasukkan medium semaian yang telah digaul ke dalam beg politena
     
 
Gambar 3: beg politena dilabel dan dilipat pada bahagian hujung bawah dan atas.
Gambar 4: pelajar memasukkan medium semaian

Langkah Menyediakan Keratan Batang
  1. Setiap pelajar perlu membuat lima batang keratan batang yang ditanam pada beg politena secara menegak. Jadi , setiap pelajar perlu memotong dahan dan ranting sebanyak lima keping yang terdiri daripada tiga jenis keratan bagi setiap orang.
  2. Ahli kumpulan kami telah memilih dahan yang sihat dan mempunyai panjang melebihi 12 cm yang terdapat di sekitar UTM.
  3. Kumpulan kami telah memotong dahan pokok menggunakan sekateur secara serong. Setiap duri yang terdapat pada dahan perlu dipotong supaya tidak membahayakan orang yang memegang dahan tersebut.
  4. Antara jenis tanaman yang digunakan ialah pokok jenis batang kertas, pokok bunga loceng Alamanda dan pokok puding
Gambar 5: memetik dahan yang terdapat sekitar UTM


3.   
Gambar 6: duri pada dahan perlu dipotong agar selamat untuk dipegang

 

Gambar 7: dahan dipotong secara serong menggunakan sekateur

4.        

Gambar 8: antara jenis tanaman pokok yang digunakan

Langkah Menyemai Keratan Batang
  1. Setiap pangkal dahan akan dicelup dengan serbuk hormon penggalak akar. Terdapat tiga jenis hormon penggalak akar yang masing- masing berfungsi ke atas tiga jenis keratan dahan yang berbeza.  
  2.  Bagi pangkal keratan dahan yang lembut akan dilembapkan dengan air sebelum dicelup dengan serbuk hormon penggalak akar.
  3.  Satu lubang kecil dibuat pada medium dengan mencucukkan satu batang kecil dan keratan batang ditanam ke dalam lubang secara menyeron 
  4. Bekas semaian iaitu beg politena diletakkan di tempat yang teduh 
  5. Medium semaian tersebut juga perlu disiram pada waktu siang dan malam
Gambar 9: penggalak akar kategori 2 yang digunakan untuk dahan keratan sederhana lembut

Gambar 10: dahan dicelup dengan hormon penggalak akar mengikut kategori jenis keratan batang masing- masing


Gambar 11: dahan yang telah dimasukkan hormon penggalak akar ditanam pada beg politena
Gambar 12: kesemua beg politina yang mengandungi keratan batang diletakkan di tempat yang teduh

 Ini sahaja untuk minggu ini. Pada minggu hadapan kita akan berjumpa lagi dengan topik yang lain. 


                                                                                                Disediakan oleh:
NUR SYAZWANI BINTI MUHAMMAD
                                                A15PP0103


No comments:

Post a Comment