Sunday, September 23, 2018

MINGGU 2 - SAMBUNGAN PENYEDIAAN BATAS


SAMBUNGAN PENYEDIAAN BATAS...


         Bertemu lagi kita pada minggu ini dengan tugasan yang seterusnya. Alhamdulillah, pada minggu ini dapat lagi kami menyambung kerja-kerja di kebun iaitu penyediaan batas. Pada minggu lepas, kami telah membuat bingkai untuk batas bagi kumpulan masing-masing. 

                                             Gambar 1 : bersedia untuk menanam bingkai 

            Dan pada minggu ini pula, kami meletakkan dan menanam bingkai tersebut di dalam tanah (sedikit sahaja) supaya bingkai tersebut kelihatan kemas dan tanah tidak terkeluar daripada bawah atau celah-celah kayu terutamanya pada waktu hujan.



                                                             
 Gambar 2 : meratakan tanah                                        Gambar 3 : menabur baja EM

      Selepas itu, kami meneruskan proses berikutnya iaitu meratakan tanah. Setelah selesai, pembajaan pula dilakukan dengan menaburnya di atas tanah. Ianya adalah bagi memastikan tanah mempunyai nutrien yang mencukupi sebelum penanaman dilakukan. Kemudian, gaul tanah tersebut supaya baja yang diletakkan sebati bersama tanah di tas batas yang dibuat itu. 

                              Gambar 4 : hasil selepas tanah digaulkan bersama baja 

          
Gambar 5 : bahagikan kepada empat bahagian


Gambar 6 : membuat alur pada tanah

          Pada batas yang siap itu, bahagikan kepada empat garisan dan buatkan alur bagi meletakkan biji benih yang akan ditanam. (alur yang dihasilkan hendaklah tidak terlalu dalam) 

READY UNTUK MENANAM BIJI BENIH.......


LANGKAH-LANGKAH


 
 Gambar 7 : Pak Choy Kerdil  

                                                     Gambar 8 : Bayam Merah Hijau


1. Pilih anak benih yang dikehendaki. (Kumpulan kami telah memilih sayur Pak Choy Kerdil dan Bayam Merah Hijau). 


 Gambar 9 : penisbahan biji benih - 1:10



Gambar 10 & 11 : biji benih Pak Choy Kerdil dan Bayam Merah Hijau setelah dinisbahkan bersama pasir halus

2. Kemudian nisbahkan biji benih bersama pasir halus dalam nisbah 1:10. (1 cup kecil biji benih dan 10 cup kecil pasir halus yang kering). Penisbahan ini dilakukan kerana:
*biji benih yang digunakan terlalu halus. 
*ia juga bagi memudahkan untuk kami menanamnya di atas batas
*bagi mengelakkan anak benih yang ditanam di atas batas terlalu rapat kedudukannya. (anak benih tidak boleh terlalu rapat supaya anak benih dapat tumbuh dengan baik dan mendapat ruang, cahaya serta nutrien yang cukup).


Gambar 12 : menanam biji benih 

3. Tabur anak benih tersebut di atas batas yang telah siap dibuat alur. Kemudian, tutupkan anak benih tersebut dengan tanah secara layang. (tidak terlalu banyak, hanya sekadar menutupi bahagian atas)



Gambar 13 : tutup batas menggunakan jaring hitam pertanian

         Setelah selesai kesemuanya, tutupkan batas menggunakan jaring hitam pertanian mengikut kelebaran dan panjang batas tersebut. 


Gambar 14 : proses penyiraman

            Akhir sekali, siramlah anak benih tersebut dua kali sehari iaitu pagi dan petang.


Sekian, ini sahaja untuk minggu ini. Jumpa lagi pada minggu hadapan



NOOR HANISAH BINTI ZAKARIA
A15PP0072

No comments:

Post a Comment