- ASSALAMUALAIKUM…
Minggu pertama….
Disebabkan minggu ini adalah minggu
pertama perjumpaan, kami hanya diberi penerangan secara terperinci berkaitan kursus
SPPL 1212 ini.
Bagi kelas ini, pelajar telah
diminta untuk melakukan amali asas tanaman dimana pelajar akan diberikan lot
tanah berukuran 5 kaki x 10 kaki. Setiap tanah lot akan dikendalikan oleh dua
orang pelajar.
Bagi kumpulan kami, tanah lot
yang diberi belum lagi diteroka oleh pelajar, jadi kami perlu memulakannya dari
awal.
** perlu diingatkan...
- sebelum melakukan sebarang aktiviti di tanah lot, pelajar seharusnya memakai pakaian yang bersesuaian dan menjaga keselamatan ditempat kerja..
- setiap pelajar perlu mengamalkan amalan 5s sebelum, semasa dan juga selepas melakukan kerja :)
- peralatan perlu dibersihkan setelah digunakan.
Proses yang dilakukan dalam
membuka tanah lot baru ialah:
- Mengukur dan menanda
- Membuang rumput
- Menggemburkan tanah dan membuat batas
- Menyediakan frame tanah lot
- Proses mengukur dan menanda
- Alatan
i.
Pita pengukur
ii.
Kayu
iii.
Tukul
- Langkah kerja
i.
Ukur jarak dari tanah
lot sebelumnya sebanyak 2 kaki.
ii.
Kemudian tandakan jarak
tersebut dengan menggunakan kayu.
iii.
Bermula dari kayu yang
ditanda. Ukur keluasan tanah lot iaitu 5 kaki lebar dan
10 kaki panjang
menggunakan pita pengukur. Kemudian tandakan keseluruhan
tapak menggunakan
kayu.

kerja - kerja mengukur sedang dijalankan...
p/s: tu tanah orang... tanah sendiri tak sempat nak amik gambar....
2. Proses membuang rumput (bersihkan kawasan tanah lot)
i.
Cangkul
ii.
Bakul
iii.
Sarung tangan
- Langkah kerja
i.
Buang semua rumput yang
terdapat didalam tanah lot menggunakan cangkul
ii.
Cangkul kedalam
bahagian tanah bagi memastikan semua akar rumput
terbuang.
iii.
Buang semua akar dan
rumput kekawasan yang disediakan
p/s: jarak antara tanah lot tu 2 kaki ye...
*tu la rupa sebenar tanah lot kami....
proses buang rumput dan buang akar sedang giat dijalankan....
rupa tanah yang sudah dibuang rumput....
3. Proses menggemburkan tanah dan membuat batas
- Alatan
i.
Cangkul
ii.
Traktor mini
- Langkah kerja
i. Cangkul keseluruhan
tanah lot
ii.
Disebabkan tanah lot
kami baru, maka traktor mini digunakan untuk
menggemburkan tanah.
iii. Sebelum hidupkan
traktor mini, pastikan tiada pelajar berada dihadapan traktor
mini.
iv. Untuk menggemburkan
tanah menggunakan traktor mini, pelajar harus
menggerakkan traktor ke kiri dan
kanan.
v.
Pastikan tanah yang
digembur adalah sedalam 1 kaki dari atas tanah.
vi. Setelah selesai
menggemburkan tanah, kumpulkan tanah yang digemburkan
ditengah – tengah tapak
menggunakan cangkul untuk dijadikan batas.
kami terpaksa menggunakan dua tenaga wanita untuk mengendali traktor mini ini...
vii. Tanah yang telah
digemburkan juga tidak boleh dipijak kerana ianya akan
memampatkan kembali tanah tersebut.
memampatkan kembali tanah tersebut.
En. Abang Hipni bagi penerangan dan ajar cara penggunaan mini traktor.
video ini tidak seberapa...tetapi ianya boleh la untuk ditengok - tengok :)
4. Proses penyediaan bingkai tanah lot
- Alatan
i.
Tukul
ii.
Paku
iii.
Sarung tangan
iv.
Cat hitam
v.
Berus cat
vi.
Gergaji kayu
- Langkah kerja
i.
Ukur papan dengan
ukuran yang sama dengan besar tanah lot iaitu 5 kaki lebar
x 10 kaki panjang.
ii.
Potong kayu yang
berlebihan.
iii.
Kemudian cat papan
tersebut dengan menggunakan cat hitam. Cat hitam ini
bertujuan untuk memastikan
papan frame tersebut tahan lebih lama.
iv. Kemudian, biarkan cat
tersebut kering dan mula paku di penjuru papan untuk
dijadikan bingkai tanah
lot.
aktiviti menyediakan bingkai tanah lot..
Untuk minggu ini, kami hanya
perlu menyiapkan tanah lot yang diberikan supaya tanah lot ini bersedia untuk
aktiviti yang seterusnya.
Kami juga ada menguji nilai pH
tanah lot yang akan kami gunakan, dan tanah kami berada pada tahap yang baik.
Kami rasa setakat ini sahaja
untuk minggu ini, berjumpa lagi pada minggu hadapan…
Adios…amigos…tata….
Pembuka tanah:
NUR AZRINA BINTI MOHAMMAD
ZAWAWI
(A15PP0091)
No comments:
Post a Comment