EKSPERIMEN SAMPEL TANAH DARI BATAS 6

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
Pada minggu ini, kami berpeluang untuk menjalankan uji kaji terhadap sampel tanah dari batas yang kami selenggara. Batas yang kami usahakan adalah batas 6, eksperimen telah dilakukan untuk menentukan tanah yang digunakan sesuai untuk melakukan aktiviti penanaman. Kami telah melakukan tiga jenis eksperimen yang berbeza untuk menentukan jenis tanah daripada sampel yang telah diambil pada batas...
Jomm..kita lihat eksperimen yang telah dilakukan dan hasil daripada eksperimen tersebut..
EKSPERIMEN 1
TAJUK: Menentukan tekstur
tanah melalui cara mendapan
BAHAN DAN ALATAN: Sampel
tanah dari batas dan balang gas
Sampel Tanah Batas 6 Balang Gas
LANGKAH-LANGKAH:
1. Tanah
dari batas yang berketul-ketul dihancurkan menjadi halus.
2.
50
ml tanah yang dihancurkan dimasukkan ke dalam balang gas.
3.
300
ml air diisi ke dalam balang gas.
4.
Mulut
balang gas ditutup dan campuran di dalam balang gas digoncang perlahan-lahan
sehingga kumin tanah terpisah.
Campuran tanah dikacau di dalam bikar sebelum dimasukkan ke dalam balang gas untuk digoncang
5.
Balang
gas diletakkan di atas meja selama beberapa jam tanpa gangguan.
6.
Setiap
pisahan tanah yang mendap diukur ketinggiannya. Nilai ketinggian mendapan
dicatatkan di dalam jadual keputusan.
7.
Peratusan
pisahan tanah dihitung.
Ketinggian lapisan pisahan (cm)
Pertusan pisahan = ---------------------------------------- x 100
Ketinggian
semua lapisan (cm)
8.
Kelas
Tekstur Tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem
Atterberg.
KEPUTUSAN: Ketinggian keseluruhan pisahan ialah 3.5 cm
PISAHAN
|
KETINGGIAN
(cm)
|
PERATUSAN
|
Pasir
|
2.4 cm
|
68.57 %
|
Kelodak
|
0.4 cm
|
11.43 %
|
Tanah Liat
|
0.7 cm
|
20.00 %
|
Peratus
pisahan dikira seperti berikut:
Ketinggian lapisan
pisahan (cm)
Pertusan pisahan = ---------------------------------------- x 100
Ketinggian
semua lapisan (cm)
Peratusan
pisahan pasir = (2.4 cm / 3.5
cm) x 100
=
68.57 %
Peratusan
pisahan kelodak = (0.4 cm / 3.5 cm) x
100
=
11.43 %
Peratusan
pisahan tanah liat = (0.7 cm / 3.5 cm)
x 100
=
20 %
KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, kelas tekstur tanah pada batas 6 adalah ‘Sandy
Clay Loam’. ‘Sandy Clay Loam’ adalah sesuai untuk melakukan penanaman di
kawasan tanah tersebut kerana ia mengandungi tanah loam di kawasan tersebut.
PENILAIAN:
(a) Adakah
kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
-
Ya
-
Kerana
peratusan pisahan yang dihitung adalah lebih tepat dan kuantiti campuran lebih
tepat.
( (b) Apakah
ralat-ralat yang mungkin wujud?
-
Ketinggian
pisahan tanah yang telah mendap.
-
Pengukuran
pisahan tanah yang menggunakan pembaris
EKSPERIMEN 2
TAJUK : Menentukan tekstur
tanah melalui cara medan
BAHAN DAN ALATAN:
Sampel tanah dan air
Sampel Tanah Batas 6
LANGKAH-LANGKAH:
1.
20
gm tanah dari batas ditimbang dengan
menggunakan penimbang.
2. 20 gm sampel tanah (atau secukupnya digunakan membentuk bebola tanah dengan diameter 2 – 3 meter).
3.
Sampel
tanah dilembabkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentukkan.
4.
Sampel
tanah dibentukkan menjadi bentuk bebola, rod, gelang dan rod berbentuk-U
PEMERHATIAN :
|
|
Rod tidak
dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
|
x
|
Bebola dapat
dibentuk (pasir berloam)
|
/
|
Rod dapat
dibentuk (tanah loam)
|
/
|
Rod membentuk
U dapat membentuk gelang tetapi retak (loam tanah liat)
|
/
|
Gelang yang
retak-retak (tanah liat berpasir)
|
x
|
Gelang dapat
dibentuk (tanah liat)
|
/
|
KESIMPULAN:
Berdasarkan
pemerhatian daripada eksperimen untuk menentukan tekstur tanah melalui cara
medan di dapati sampel tanah dari batas 6 adalah loam tanah liat. Sampel tanah
yang dilakukan uji kaji tidak mengandungi pasir dan sesuai untuk melakukan
aktiviti penanaman pada tanah tersebut.
PENILAIAN :
(a)
Adakah
kaedah ini tepat?
-
Tidak
tepat.
(b)
Mengapakah
kaedah ini digunakan?
-
Keputusan
yang diperolehi adalah lebih cepat untuk mengetahui jenis sampel tanah.
EKSPERIMEN 3
TAJUK: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
BAHAN DAN ALATAN : Sampel Tanah daripada 11 batas yang berbeza, air suling, corong turas, kelalang kon dan gentian kaca.
1.
Sampel-sampel
tanah dari 11 batas yang berbeza dikeringkan selama 2 hingga 3 hari.
TAJUK: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
BAHAN DAN ALATAN : Sampel Tanah daripada 11 batas yang berbeza, air suling, corong turas, kelalang kon dan gentian kaca.
Sampel Tanah Kelalang Kon
Corong Turas Gentian Kaca
LANGKAH-LANGKAH:
2.
Radas
dipasang sebelum melakukan eksperimen keatas sampel tanah.
Langkah keselamatan : Awas! Jangan ambil gentian kaca dengan jari.
3.
Sampel-sampel
tanah disukat ke dalam corong turas. Sebanyak 50 ml air suling disukat dengan
menggunakan bikar 100 ml.
50 ml air suling 1/2 sampel tanah
dimasukkan dalam corong turas
4.
50
ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas pada waktu yang sama dan isi
padu air yang mengalir di dalam kelalang kon di tentukan setelah 10 minit.
5.
Keputusan
dicatat adalah dari segi jumlah air yang mengalir, pH air dan pH tanah.
Sukatan air yang mengalir
pH Air
pH Tanah
KEPUTUSAN:
Sampel
Tanah (Batas)
|
Kuantiti
Air Yang Mengalir
|
pH
Air
|
pH
Tanah
|
Batas 1
|
30 ml
|
6.41
|
6.00
|
Batas 2
|
38 ml
|
5.97
|
4.90
|
Batas 3
|
40 ml
|
5.85
|
5.10
|
Batas 4
|
35 ml
|
6.10
|
4.20
|
Batas 5
|
25 ml
|
6.06
|
4.90
|
Batas 6
|
35 ml
|
6.14
|
4.90
|
Batas 7
|
30 ml
|
5.76
|
4.90
|
Batas 8
|
30 ml
|
5.50
|
6.40
|
Batas 9
|
40 ml
|
6.60
|
6.20
|
Batas 10
|
39 ml
|
5.90
|
6.44
|
Batas 11
|
40 ml
|
6.18
|
6.10
|
KESIMPULAN:
Secara kesimpulannya, hasil daripada eksperimen yang dijalan di
dapati nilai pH air dan nilai pH tanah adalah dalam ph yang optimum. Nilai pH
yang diperolehi juga adalah hampir sama dari setiap batas. Berdasarkan nilai
keputusan yang diperolehi di dalam batas 4 bagi pH tanah adalah sedikit berasid
dan perlu dirawat untuk memastikan tanah di kawasan tersebut sesuai untuk
menanam.
PENILAIAN:
(a)
Mengapakah
kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
- Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah di dalam corong turas kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.
(b)
Sampel
tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
-
Sampel
tanah batas 3
-
Sampel
tanah batas 9
-
Sampel
tanah batas 11
(c)
Sampel
tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
-
Sampel
tanah batas 5
(d)
Sampel
tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
-
Sampel
tanah batas 5
(e)
Sekiranya
anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih?
Berikan sebabnya.
-
Sampel
tanah batas 1
-
Kerana
pH yang terdapat pada sampel tanah tersebut adalah dalam keadaan yang baik dan juga
pengaliran air yang baik.
Disediakan Oleh:
Nor Asyikin Binti Abdullah