Sunday, December 9, 2018

UJIKAJI LAGI LAAAAA...JOM TENGOK CARA PENGUJIAN KEHADIRAN MAKANAN PADA DAUN


1.0              assalamualaikum....selamat sejahtera..

             berjumpa lagi kita untuk entry kali ni.. tapi rasanya kali ni dah jadi entry terakhir la kot kan..sebab kami dah nak duduki peperiksaan akhir..( doakan kami ye). okey untuk kali ni saya dan rakan - rakan diberi kesempatan untuk melakukan ujikaji untuk mengetahui akan kehadiran makanan pada daun.. kiranya macam nak tau yang betul ke daun ni peroleh sumber makanan.. dan macam mana cara pokok tersebut memperoleh makanan yang menjadikannya hidup subur dan mekar... 

          untuk uji kaji ini, kami menggunakan daun hijau sebagai bahan utama dan juga menggunakan iodin bagi mengesan kehadiran kanji didalam daun tersebut... seronok uji kaji ni... 
          jadi bagi taknak membuang masa baca celoteh - celoteh ni.. hah!!! jom leee tengok dan baca apa yang telah kami buat... hehehehe


            TAJUK: KAJIAN FOTOSINTESIS

2.0              PENGENALAN

Fotosintesis merupakan satu proses pembuatan tenaga yang diperlukan oleh tumbuhan yang dibantu oleh cahaya matahri serta bahan – bahan lain seperti CO2, air dan unsur – unsur lain yang berguna untuk kelangsungan hidup tumbuhan. Tambahan pula, proses fotosintesis ini hanya dapat dilakukan oleh tumbuhan yang memiliki klorofil, tanpa adanya klorofil suatu tumbuhan tidak akan dapat membuat makanan sendiri.

Fungsi Fotosintesis

Adapun fungsi tujuan dari tumbuhan yang melakukan fotosintesis diantaranya adalah:
1. Memproduksi Glukosa

Fungsi dari fotosintesis yang pertama adalah untuk membuat zat makanan dalam bentuk glukosa, dimana glukosa ini nantinya akan dijadikan sebagai bahan bakar dasar untuk diolah lagi menjadi zat makanan yang lain seperti protein dan juga lemak yang ada didalam tumbuhan. Zat-zat olahan tersebut nantinya juga akan memberikan manfaat bagi manusia ataupun hewan untuk dikonsumsi.

2. Menghasilkan O2 dan Mengurangi CO2

Proses fotosintesis yang membutuhkan karbon dioksida ini ternyata dapat membantu mengurangi kadar karbon dioksida yang ada di lingkungan sekitar kita. Dan seperti yang telah kita ketahui bahwa hasil dari proses fotosintesis salah satunya adalah oksigen. Oksigen merupakan kebutuhan utama manusia, tanpa adanya oksigen atau udara yang bersih, maka manusia tidak akan bertahan hidup.


Proses Fotosintesis


1.0              TUJUAN: untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan atau dedaun hijau


2.0              SENARAI ALATAN  DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
  • Alatan
    •           Piring petri
    •           Tabung uji
    •            Penitis
    •            Periuk dan Pemanas
    •            Forcep
    •            Rak Tabung Uji
    •            Bikar
    •            Termometer Digital
    •            Papan Pemotong
    •            Pisau
  •            Bahan
    •            Daun Hijau
    •            Alcohol 
    •            Iodin
    •            Air Mendidih
5.0       LANGKAH KERJA

      1)      Petik dedaun daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.

     2)      Masukkan air ke dalam 3 periuk, kemudian air dipanaskan menggunakan hot plate


    3)      Daun yang besar akan dipotong terlebih dahulu agar boleh dimasukkan ke dalam tabung uji.


    4)      Setelah air mendidih, rendamkan daun yang dipotong ke dalam periuk 1 selama 1 minit. Ini bagi bertujuan untuk melembutkan dan membunuh daun tersebut.


     5)      Semetara menunggu daun tersebut direndam, masukkan alcohol kedalam tabung uji sebanyak 3 cm (ketinggian diambil dari bawah).


    6)      Setelah 1 minit, ambil daun dengan menggunakan forcep dan masukkan kedalam tabung uji yang berisi alcohol.


     7)      Masukkan tabung uji tadi kedalam periuk 2, dan didihkan selama 5 minit.


    8)      Setelah 5 minit, tabung uji dikeluarkan dan kemudian daun dikeluarkan dari tabung uji dan dimasukkan ke dalam periuk 3.


      
      * air didalam tabung uji akan bertukar warna dari putih jernih kepada warna kekuningan atau kehijauan ini kerana alcohol akan melarutkan klorofil pada daun tersebut.

      *alcohol hanya akan melarutkan klorofil tetapi tidak akan melarutkan kanji.
     
     9)      Didalam periuk 3, daun hanya dibiarkan sekejap sahaja lebih kurang dalam 30 saat.

* ini adalah bertujuan untuk melembutkan daun 

    
     10)      Setelah itu, daun tersebut akan diangkat dan diletakkan didalam piring petri, kemudian titiskan beberapa titis larutan iodin keatas daun tersebut.

     11)      Kemudian keputusan diambil.


     6.0       PEMERHATIAN
                Pemerhatian dari amali yang dilakukan direkodkan.

           a)      Warna asal iodin
                   Kuning atau perang

           b)      Warna daun sebelum ujikaji 
                 Hijau

           c)      Warna daun setelah diletakkan ujikaji
                 Biru gelap
    
      7.0       ANALISIS

     a)      Mengapakah larutan alcohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api 
         Jika alcohol dipanaskan terus kepada api alcohol tersebut boleh meruap atau meletup (Alcohol agak mudah terbakar)

     b)      Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan   
1)      Proses fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
2)      Proses fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.

     c)      Apakah tujuan

a.       Merebus daun: untuk melembutkan daun
b.      Mendidihkan daun dalam alcohol: untuk mengelurkan klorofil


     d)      Nyatakan factor – factor yang diperlukan dalam proses fotosintesis

1)      Cahaya matahari
2)      Klorofil
3)      Air
4)      Karbon dioksida

       e)      Tuliskan persamaan fotosintesis


       f)      Apakah klorofil. Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan 
      
      Klorofil adalah kelompok pigmen fotosintesis yang terdapat dalam tumbuhan, menyerap cahaya merah, biru dan ungu serta merefleksikan cahaya hijau yang menyebabkan tumbuhan memperoleh ciri warnanya. Terdapat dalam kloroplas dan memanfaatkan cahaya yang diserap sebagai tenaga untuk reaksi – reaksi cahaya dalam proses fotosintesis

      Fungsi klorofil pada tumbuhan adalah untuk menyerap cahaya dan mentransfernya melalui tanaman selama proses fotosintesis.
\   
    g)      Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia

Nilai tumbuhan kepada manusia adalah sebagai salah satu keseimbangan ekosistem dimana tumbuh – tumbuhan akan menjalankan proses fotosintesis, daun dan ranting akan direput dan membentuk humus. Ekosistem membekalkan hasil hutan, meningkatkan kualiti udara dengan mengekalkan keseimbangan kitaran komponen – komponen udara, membekalkan tenaga kepada manusia dan haiwan.

Tumbuhan juga sebagai salah satu sumber makanan kepada manusia dan juga sebagai penghasil oksigen kepada manusia.


    8.0       KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat dijelaskan bahawa amali ini telah dapat membuktikan kehadiran kanji dalam tumbuhan iaitu warna pada daun telah berubah menjadi warna biru tua.
Penggunaan jenis daun juga akan mempengaruhi keberhasilan ujian amali ini. Ini kerana jika jenis daun tersebut lebih keras atau tebal, proses untuk melembutkan daun perlu mengambil masa lebih dari 1 minit, berbeza dengan daun jenis yang lembut yang hanya akan mengambil masa 1 minit sahaja untuk melembutkannya.
Jika daun tidak dilembutkan dengan sepenuhnya, amali yang akan dijalankan tidak dapat membuktikan kehadiran kanji pada daun tersebut dan kajian fotosintesis tidak dapat dibuktikan.


       9.0       RUJUKAN


    




Friday, November 30, 2018

APA ITU FOTOSINTESIS??

FOTOSINTESIS


Assalamualaikum w.b.t.. 

Pada kali ini, saya ingin berkongsikan tentang Fotosintesis. Kebanyakannya ramai yang sudah mengetahui apa itu fotosintesis. betul tak?? Bab fotosintesis sebenarnya kita sudah mempelajarinya semasa di sekolah kebangsaan dalam subjek Sains. 

Sekarang saya hanya ingin berkongsi sedikit info berkaitan Fotosintesis melalui video pendek, dimana ianya merupakan tugasan yang perlu saya lakukan bagi subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman bagi semeter 7 di UTM Skudai.

JOM KITA SAKSIKAN~~








Disediakan oleh :
NOOR HANISAH BINTI ZAKARIA
A15PP0072  

Monday, November 26, 2018

PEMBIAKAN TUT UDARA


PEMBIAKAN TUT UDARA

Assalamualaikum w.b.t  kepada pembaca sekalian. Semoga korang menjalani hari yang ceria pada hari ini. Saya sebenarmya hendak menceritakan serba sedikit tentang  amali yang kelas kami buat pada minggu ini. Pernah tak kamu semua dengar tentang pembiakan tut? Mesti  tak biasa dengar kan? Kat sini saya nak terangkan tentang pembiakan tut.

Kaedah pembiakan tut ini sebenarnya adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang secara buatan  yang mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas dalam pembiakan. 

Terdapat kelebihan yang tersendiri sebenarnya kalau kita menggunakan pembiakan tut ini pada pokok. Antaranya ialah  boleh mendapatkan anak pokok yang seragam dan sama dengan pokok asal menyerupai pokok induknya, pokok cepat bebunga dan berbuah dan kebolehan untuk dibiakkan sepanjang tahun. 

Terdapat beberapa peralatn yang digunakan untuk melakukan pembiakan tut udara ini. Antaranya ialah:
Plastik Pembungkus

Tali rafia

Pisau
Medium Jeffy Pallete yang telah direndam

Medium Campuran tanah dan Coco Peat yang telah dikepal

Hormon penggalak akar
                                                             

Kaedah Pembiakan Tut Udara Menggunakan Medium Jeffy Pallete

1. Untuk kaedah pembiakan tut ini, kami menggunakan  dua jenis medium iaitu medium Jeffy Pallete dan medium campuran tanah dan coco peat.

2.   Jeffy Pallete direndam terlebih dahulu dengan air panas.
Jeffy Pallete sebelum direndam air panas


2. Seterusnya, dahan yang sihat dipilih pada pokok. 2 kelaran sekeliling akan dibuat dahan yang telah dipilih tersebut. Mula- mula kelaran pertama dibuat pada mata tunas dahan tersebut. Seterusnya kelaran yang kedua dibuat pada kira- kira 3 cm di bawah kelaran pertama.
Dahan dikelar pada dua bahagian

3. Kulit antara dua kelaran tersebut dikupas dan dikikis sehingga ke kayu.
Plastik diikat pada bahagian bawah kelaran. 
Dahan yang dikelar akan dikikis
 
Bahagian dahan telah dikikis sepenuhnya

4. Sekiranya medium Jeffy Pallete digunakan, hormon penggalak akar akan digunakan pada bahagian kelaran atas.
Horman penggalak akar dilekatkan pada hujung bahagian  yang dikelar

 5. Medium Jeffy Pallete akan dipotong pada bahagian tengah dan seterusnya medium tersebut dilekatkan pada bahagian dahan yang telah dikikis. Medium tersebut mesti padat dan menutup bahagian dahan yang telah dikikis sepenuhnya.
Bahagian tengah medium Jeffy Pallete dipotong menggunakan pisau
 
Jeffy Pallete dilekatkan pada dahan yang dikikis secara sepenuhnya

6.Kepalan medium Jeffy Pallete tersebut dibungkus dengan plastik dan hujung kedua- dua plastik tersebut diikat.
 
Bahagian dahan dilekatkan dengan plastik
Medium jeffy Pallete dibungkus menggunakan plastik
Kedua- dua hujung plastik diikat menggunakan tali rafia dengan kemas


 Kaedah Pembiakan Tut Udara Menggunakan Medium Tanah Dan Coco Peat

1.  Nisbah bagi campuran tanah dan Coco Peat ialah 1:1. Untuk menghasilkan medium jenis campuran tanah dan Coco Peat, tanah digaulkan dan Coco Peat. Seterusnya, campuran tersebut akan dikepal sehingga membentuk sebesar telur ayam.
Coco Peat digaul bersama tanah. Nisbah adalah 1:1
 
Medium campuran Coco Peat dan tanah dikepal menjadi sebesar telur ayam
 2. Seterusnya, dahan yang sihat dipilih pada pokok. 2 kelaran sekeliling akan dibuat dahan yang telah dipilih tersebut. Mula- mula kelaran pertama dibuat pada mata tunas dahan tersebut. Seterusnya kelaran yang kedua dibuat pada kira- kira 3 cm di bawah kelaran pertama.
Dahan dikelar pada dua bahagian

3. Kulit antara dua kelaran tersebut dikupas dan dikikis sehingga ke kayu.
Plastik diikat pada bahagian bawah kelaran. 
Dahan yang dikelar akan dikikis

Bahagian dahan telah dikikis sepenuhnya



 4. Medium campuran tanah dan Coco Peat akan dibelah  pada bahagian tengah dan seterusnya medium tersebut dilekatkan pada bahagian dahan yang telah dikikis. Medium tersebut mesti padat dan menutup bahagian dahan yang telah dikikis sepenuhnya. Kepalan medium tersebut dibungkus dengan plastik dan hujung kedua- dua plastik tersebut diikat.

Bahagian dahan dilekatkan dengan plastik
Medium jeffy Pallete dibungkus menggunakan plastik
Kedua- dua hujung plastik diikat menggunakan tali rafia dengan kemas


Tut udara yang telah siap dibungkus

PENGUBAHAN ANAK POKOK

1. Selepas 2 atau 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bahagian bawah boleh dipotong.
2. Pada waktu ini, plastik pembungkus boleh dibuang dan tut perlu ditanam di dalam pasu.