1.0 assalamualaikum....selamat sejahtera..
berjumpa lagi kita untuk entry kali ni.. tapi rasanya kali ni dah jadi entry terakhir la kot kan..sebab kami dah nak duduki peperiksaan akhir..( doakan kami ye). okey untuk kali ni saya dan rakan - rakan diberi kesempatan untuk melakukan ujikaji untuk mengetahui akan kehadiran makanan pada daun.. kiranya macam nak tau yang betul ke daun ni peroleh sumber makanan.. dan macam mana cara pokok tersebut memperoleh makanan yang menjadikannya hidup subur dan mekar...
untuk uji kaji ini, kami menggunakan daun hijau sebagai bahan utama dan juga menggunakan iodin bagi mengesan kehadiran kanji didalam daun tersebut... seronok uji kaji ni...
jadi bagi taknak membuang masa baca celoteh - celoteh ni.. hah!!! jom leee tengok dan baca apa yang telah kami buat... hehehehe
TAJUK: KAJIAN FOTOSINTESIS
berjumpa lagi kita untuk entry kali ni.. tapi rasanya kali ni dah jadi entry terakhir la kot kan..sebab kami dah nak duduki peperiksaan akhir..( doakan kami ye). okey untuk kali ni saya dan rakan - rakan diberi kesempatan untuk melakukan ujikaji untuk mengetahui akan kehadiran makanan pada daun.. kiranya macam nak tau yang betul ke daun ni peroleh sumber makanan.. dan macam mana cara pokok tersebut memperoleh makanan yang menjadikannya hidup subur dan mekar...
untuk uji kaji ini, kami menggunakan daun hijau sebagai bahan utama dan juga menggunakan iodin bagi mengesan kehadiran kanji didalam daun tersebut... seronok uji kaji ni...
jadi bagi taknak membuang masa baca celoteh - celoteh ni.. hah!!! jom leee tengok dan baca apa yang telah kami buat... hehehehe
TAJUK: KAJIAN FOTOSINTESIS
2.0
PENGENALAN
Fotosintesis
merupakan satu proses pembuatan tenaga yang diperlukan oleh tumbuhan yang
dibantu oleh cahaya matahri serta bahan – bahan lain seperti CO2, air dan unsur
– unsur lain yang berguna untuk kelangsungan hidup tumbuhan. Tambahan pula,
proses fotosintesis ini hanya dapat dilakukan oleh tumbuhan yang memiliki klorofil,
tanpa adanya klorofil suatu tumbuhan tidak akan dapat membuat makanan sendiri.
Fungsi Fotosintesis
Adapun fungsi tujuan dari tumbuhan yang melakukan fotosintesis
diantaranya adalah:
1. Memproduksi Glukosa
Fungsi dari fotosintesis yang pertama adalah untuk membuat
zat makanan dalam bentuk glukosa, dimana glukosa ini nantinya akan dijadikan
sebagai bahan bakar dasar untuk diolah lagi menjadi zat makanan yang lain
seperti protein dan juga lemak yang ada didalam tumbuhan. Zat-zat olahan
tersebut nantinya juga akan memberikan manfaat bagi manusia ataupun hewan untuk
dikonsumsi.
2. Menghasilkan O2 dan
Mengurangi CO2
Proses fotosintesis yang membutuhkan karbon dioksida ini
ternyata dapat membantu mengurangi kadar karbon dioksida yang ada di lingkungan
sekitar kita. Dan seperti yang telah kita ketahui bahwa hasil dari proses
fotosintesis salah satunya adalah oksigen. Oksigen merupakan kebutuhan utama
manusia, tanpa adanya oksigen atau udara yang bersih, maka manusia tidak akan
bertahan hidup.
Proses Fotosintesis
1.0
TUJUAN:
untuk menguji kehadiran kanji dalam
tumbuhan atau dedaun hijau
2.0
SENARAI
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
- Alatan
- Piring petri
- Tabung uji
- Penitis
- Periuk dan Pemanas
- Forcep
- Rak Tabung Uji
- Bikar
- Termometer Digital
- Papan Pemotong
- Pisau
- Bahan
- Daun Hijau
- Alcohol
- Iodin
- Air Mendidih
5.0 LANGKAH
KERJA
1) Petik
dedaun daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa
jam.
2) Masukkan
air ke dalam 3 periuk, kemudian air dipanaskan menggunakan hot plate
*
ini adalah bertujuan untuk melembutkan daun
3) Daun
yang besar akan dipotong terlebih dahulu agar boleh dimasukkan ke dalam tabung
uji.
4) Setelah
air mendidih, rendamkan daun yang dipotong ke dalam periuk 1 selama 1 minit.
Ini bagi bertujuan untuk melembutkan dan membunuh daun tersebut.
5) Semetara
menunggu daun tersebut direndam, masukkan alcohol kedalam tabung uji sebanyak 3
cm (ketinggian diambil dari bawah).
6) Setelah
1 minit, ambil daun dengan menggunakan forcep dan masukkan kedalam tabung uji
yang berisi alcohol.
7) Masukkan
tabung uji tadi kedalam periuk 2, dan didihkan selama 5 minit.
8) Setelah
5 minit, tabung uji dikeluarkan dan kemudian daun dikeluarkan dari tabung uji
dan dimasukkan ke dalam periuk 3.
*
air didalam tabung uji akan bertukar warna dari putih jernih kepada warna
kekuningan atau kehijauan ini kerana alcohol akan melarutkan klorofil pada daun
tersebut.
*alcohol
hanya akan melarutkan klorofil tetapi tidak akan melarutkan kanji.
9) Didalam
periuk 3, daun hanya dibiarkan sekejap sahaja lebih kurang dalam 30 saat.
10) Setelah
itu, daun tersebut akan diangkat dan diletakkan didalam piring petri, kemudian
titiskan beberapa titis larutan iodin keatas daun tersebut.
11) Kemudian
keputusan diambil.
6.0 PEMERHATIAN
Pemerhatian dari
amali yang dilakukan direkodkan.
a) Warna
asal iodin
Kuning
atau perang
b) Warna
daun sebelum ujikaji
Hijau
c) Warna
daun setelah diletakkan ujikaji
Biru
gelap
7.0 ANALISIS
a) Mengapakah
larutan alcohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api
Jika
alcohol dipanaskan terus kepada api alcohol tersebut boleh meruap atau meletup
(Alcohol agak mudah terbakar)
b) Apakah
kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan
1) Proses
fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
2) Proses
fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang
membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
c) Apakah
tujuan
a. Merebus
daun: untuk melembutkan daun
b. Mendidihkan
daun dalam alcohol: untuk mengelurkan klorofil
d) Nyatakan
factor – factor yang diperlukan dalam proses fotosintesis
1) Cahaya
matahari
2) Klorofil
3) Air
4) Karbon
dioksida
e) Tuliskan
persamaan fotosintesis
f) Apakah
klorofil. Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan
Klorofil
adalah kelompok pigmen fotosintesis yang terdapat dalam tumbuhan, menyerap
cahaya merah, biru dan ungu serta merefleksikan cahaya hijau yang menyebabkan
tumbuhan memperoleh ciri warnanya. Terdapat dalam kloroplas dan memanfaatkan
cahaya yang diserap sebagai tenaga untuk reaksi – reaksi cahaya dalam proses
fotosintesis
Fungsi
klorofil pada tumbuhan adalah untuk menyerap cahaya dan mentransfernya melalui
tanaman selama proses fotosintesis.
\
g) Terangkan
nilai tumbuhan kepada manusia
Nilai
tumbuhan kepada manusia adalah sebagai salah satu keseimbangan ekosistem dimana
tumbuh – tumbuhan akan menjalankan proses fotosintesis, daun dan ranting akan
direput dan membentuk humus. Ekosistem membekalkan hasil hutan, meningkatkan
kualiti udara dengan mengekalkan keseimbangan kitaran komponen – komponen
udara, membekalkan tenaga kepada manusia dan haiwan.
Tumbuhan
juga sebagai salah satu sumber makanan kepada manusia dan juga sebagai
penghasil oksigen kepada manusia.
8.0 KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya dapat dijelaskan bahawa amali ini telah dapat membuktikan
kehadiran kanji dalam tumbuhan iaitu warna pada daun telah berubah menjadi
warna biru tua.
Penggunaan
jenis daun juga akan mempengaruhi keberhasilan ujian amali ini. Ini kerana jika
jenis daun tersebut lebih keras atau tebal, proses untuk melembutkan daun perlu
mengambil masa lebih dari 1 minit, berbeza dengan daun jenis yang lembut yang
hanya akan mengambil masa 1 minit sahaja untuk melembutkannya.
Jika
daun tidak dilembutkan dengan sepenuhnya, amali yang akan dijalankan tidak
dapat membuktikan kehadiran kanji pada daun tersebut dan kajian fotosintesis
tidak dapat dibuktikan.
9.0 RUJUKAN